Bahan-bahan :-
3 ½ cawan tepong gandum
1 sudu besar (penuh) baking powder diayak bersama tepung gandum
2 cawan isi udang
3 cawan air sejuk dr fridge lebih baik (utk lebih rangup)2 sudu besar Knorr Pasti Sedap atau 1 sudu besar serbuk pati ayam
1 ¼ sudu kecil garam secukup rasa
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm, cuci & tos
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar. Gaulkan.
2. Masukkan telur & air sikit
demi sikit sambil dikacau rata.
3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4.
Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg
lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara
membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar.
5.
Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara
satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2
belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7.
Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran anda semasa panas2 atau suam2.
0 Comments